Kursus Bahasa Arab (Arabic Language)

Pengenalan

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.
Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran bahasa Arab mengenai kehidupan peribadi dan perkara-perkara asas dan umum seperti pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya. Seterusnya penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam buku-buku agama seperti syariah, usuludin dan sebagainya, di samping pengenalan kepada ilmu balaghah. Sepanjang program ini, struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.

 Objektif Program / Programme Objective

Memahami dan mendalami bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat dan kitab-kitab agama, di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan dalam kemahiran bahasa Arab.


Gain a deeper understanding of the Arabic language used in worship and religious books, in addition to knowing the structure of Arabic grammar and ability in Arabic language skills.

Struktur Program / Programme Structure

Kursus ini ditawarkan mengikut tiga peringkat berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

Peringkat I – Kemahiran Bahasa Arab

  • Modul 1
    Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap mengenai kehidupan peribadi, pendidikan, kemasyarakatan, dan kesihatan.
  • Modul 2
    Struktur asas nahu Bahasa Arab (fokus kata nama).


Peringkat II – Bahasa Arab Penghayatan Islam

  • Modul 1
    Teks berkaitan ibadat, ayat al-Quran, al-Hadith, akhlak dan sejarah.
  • Modul 2
    Struktur nahu premier (fokus kata kerja, kata terbitan dan komponen utama ayat).


Peringkat III – Bahasa Arab Ilmu Islam

  • Modul 1
    Teks berkaitan Syariah, Usuluddin dan disiplin lain ilmu-ilmu Islam.
  • Modul 2
    Struktur nahu sekunder berkaitan komponen pengembangan ayat dan gaya bahasa.

This course is offered in 3 Levels (Level 1, Level 2 and Level 3). Students are asked to select any module they want to follow first, but it is best to start with Level 1. Students who have completed any module and want to take the next one need to apply for it. Course certificate will be awarded for each completed level.

Level I – Arabic Language Skills

  • Module 1
    Reading, writing, listening, and speaking skills in personal life, education, community, and health.
  • Module 2
    The basic structure of Arabic grammar (noun focus).

Level 2 – Arabic Appreciation of Islam

  • Module 1
    Texts related to worship, verses of the Quran, al-Hadith, morals, and history.
  • Module 2
    The premier grammatical structure (focus of verbs, derivatives, and main components of sentences)

Level 3 – Arabic Islamic Science

  • Module 1
    Texts related to Shariah, Usuluddin and other disciplines of Islamic sciences.
  • Module 2
    Secondary grammatical structure related to sentence development components and language style.
  • Module 3
    Introduction to the science of balaghah.

Jadual Program / Programme Schedule

  1. Durasi pengajian setiap modul adalah 6 bulan
    Duration of each module is 6 months.
  2. Kelas dijalankan secara dalam talian
    Class will be held online.
  3. 96 jam waktu kuliah bagi satu modul
    96 hours of lecture time per module.

Masa Kuliah: Sabtu, 9.00 pagi – 1.00 petang
Lecture time: Saturday, 9.00 am to 1.00 pm

Kursus ini mempunyai dua (2) ambilan dalam setahun iaitu
This course has two (2) intakes:

  1. Mei / May
  2. Oktober / October

*Permohonan ke ambilan Mei akan dibuka pada bulan Mac.
  Admission to Mei’s intake will be open in March.

*Permohonan ke ambilan Oktober akan dibuka pada bulan Ogos.
  Admission to October’s intake will be open in August.

Yuran / Fee

RM1,500.00 per Peringkat
RM1,500.00 per Level

Jadual Yuran Pembayaran Ansuran / Instalment Payment Schedule

Ansuran / Instalment

Jumlah (RM) / Total (RM)

Ansuran 1 / Instalment 1

500.00

Ansuran 2 / Instalment 2

500.00

Ansuran 3 / Instalment 3

500.00

Jumlah Keseluruhan / Sum

1,500.00

 

  • Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)
  • Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
    * Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.

  • Aged 15 years & above (no age limit)
    * All eligible applicants will be called to sit for a placement test after the application closing date for Level determination.